My Add

Monday 23 July 2012

Tipu pengeluaran KWSP: 6 pencarum didenda

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan menipu pengeluaran simpanan bagi tempoh April hingga Jun tahun ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kesemua ahli itu didapati bersalah dan didenda antara RM500 dan RM3,000 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59 Akta KWSP 1991.

"Lima daripada enam ahli itu terlibat dengan penipuan pengeluaran perumahan manakala seorang didapati menipu bagi pengeluaran hilang upaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengikut Akta KWSP, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-dua sekali.— BERNAMA

1 comment:

  1. Masalah duit di kwsp tu adalah duit kepunyaan rakyat, sepatutnya pihak kerajaan haruslah meneliti dgn mendalam masalah yg dihadapi oleh rakyat, mungkin rakyat tiada mempunyai wang tetapi berhasrat untuk membuka perniagaan dia. Siapakah yg sanggup membantu rakyat tersebut!!!! Sekiranya kita pergi ke Bank macam2 prosedur yg ditetapkan, misalnya nama nak bersih tiada blacklist, ccris dan macam lagi. Bukan itu sahaja kena uruskan dulu perniagaan nak lihat penyata untuk 6 bulan or 12 bulan. Bagi saya bantu membantu tu sudah lapuk, dan boleh menjamin rakyat tersebut adalah dgn duit dia sendiri di dlm kwsp dapat digunakan untuk modal beliau. Saya berharap janganlah pihak kerajaan terlampau tegas atau terlalu mengikut perasaan sendiri. Contoh sekiranya pihak tuan didalam situasi saya, bolehkah tuan/puan berjuang untuk membuka kedai tetapi modal tiada dan tiada orang yang membantu. Fikirkanlah....

    ReplyDelete