My Add

Saturday 28 July 2012

Kontraktor parah dikelar empat lelaki

MELAKA, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Seorang kontraktor bukan setakat kehilangan wang tunai RM52,000 akibat disamun empat lelaki malah dia turut parah dikelar dengan pisau di hadapan rumahnya di Cheng, di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika mangsa yang berusia 24 tahun baru pulang ke rumah selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank untuk membayar gaji pekerjanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, sebaik sahaja keluar dari keretanya, dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau terus menyerang dan mengelar mangsa di kepala, tangan dan kaki sebelum merampas beg yang mengandungi wang RM52,000.

Menurutnya, kedua-dua lelaki tersebut serta dua lagi rakannya yang menunggu dengan motosikal bertindak melarikan diri bersama beg yang disamun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment