My Add

Saturday 28 July 2012

Geng Boboy Rawang tumpas

*ZAHEDI Ayob menunjukkan komponen kereta curi yang dirampas daripada Geng Boboy Rawang di Shah Alam, semalam.


Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL
SHAH ALAM, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Polis percaya dapat menumpaskan kumpulan curi kereta Geng Boboy Rawang selepas menahan 16 anggota kumpulan itu termasuk dalangnya tiga bersaudara yang dikenali sebagai Boboy dalam serbuan di sekitar Rawang, Klang dan Puchong dekat sini bermula 10 Julai lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui semula 12 buah kereta yang dicuri oleh kumpulan tersebut bernilai RM300,000 iaitu tiga buah Proton Wira, Proton Perdana (2), Honda Accord (2) serta masing-masing sebuah kereta jenis Toyota Levin, Proton Waja, Honda Civic dan Honda Integra.

Difahamkan, suspek yang berusia 17 tahun menggerakkan kumpulan itu bersama dua abangnya yang dikenali sebagai Angah, 24, dan Epi, 27, sejak enam bulan lalu dan dipercayai telah melakukan kegiatan curi kenderaan di Shah Alam, Putrajaya dan Puchong di Selangor serta Sungai Besi dan Brickfields, Kuala Lumpur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment