My Add

Tuesday 3 July 2012

Kuota haji Malaysia bakal diketahui Ramadan ini

SHAH ALAM, SELASA, 03 Julai, 2012: Jumlah kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diketahui Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sudah berusaha secara positif bagi memastikan sekurang-kurangnya kuota sebelum ini seramai 28,000 jemaah, dikekalkan.

Kerajaan benar-benar berharap tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas tidak menjejaskan jumlah kuota jemaah haji Malaysia tahun ini, katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan amanat kepada "Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Musim Haji 1433H/2012" yang menjalani kursus pengukuhan selama empat hari mulai Ahad lepas di sini.

Jamil Khir berkata, kerajaan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi mengenai isu itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment