My Add

Tuesday 3 July 2012

Puspakom peruntuk RM1.2 juta bafi perkhidmatan PMI

ALOR GAJAH, SELASA, 03 Julai, 2012: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memperuntukkan RM1.2 juta bagi menyediakan perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak Premier (PMI) di seluruh negara.

Ketua Operasinya, Ooi Win Juat berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan pemilik kenderaan mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan berkomputer secara bergerak ke lokasi pilihan.

Beliau berkata, perkhidmatan yang disediakan PMI melibatkan pemeriksaan fizikal kenderaan ringan iaitu pemeriksaan identiti kenderaan termasuk nombor enjin dan nombor casis, tukar hak milik serta pemeriksaan lelong kenderaan.

"Pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan ini tidak perlu beratur panjang di cawangan Puspakom tetapi hanya perlu menghubungi kami," katanya kepada pemberita ketika memperkenalkan perkhidmatan van PMI kepada pihak media di sini hari ini.

Perkhidmatan PMI mula beroperasi di Melaka bermula hari ini selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan di negeri itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment