My Add

Saturday 21 July 2012

Lagi mati ditembak di Segamat

*MAYAT Asnan Yunus ditutup plastik hitam di sebelah keretanya selepas ditembak tiga das di Bandar Utama, Segamat, Johor, semalam.Oleh MOHAMED SA'ARI 

SEGAMAT, JUMAAT, 20 Julai, 201: Dalam tempoh dua bulan, sudah tiga kes bunuh berlaku di daerah ini.
Bukan untuk menakut-nakutkan orang ramai namun, kes tembak yang berlaku di daerah ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana ia berlaku di sebuah bandar kecil.

Pihak polis kini giat mengesan penjenayah yang terlibat dalam kejadian itu namun orang ramai tidak perlu khuatir kerana usaha memburu suspek sedang giat dilakukan.

Jika pada 12 Jun lalu, seorang ahli perniagaan mati ditembak di sebuah stesen minyak, disusuli seorang pemandu trak tunda ditembak di persimpangan lampu isyarat pada 23 Jun, satu lagi pembunuhan kejam berlaku di bandar ini awal pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment