SEREMBAN, ISNIN, 23 Julai, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan terhadap seorang pemandu yang didapati bersalah menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), lima tahun lalu.
Hakim Datin Nursinah Adzmi, memutuskan hukuman itu terhadap Mohamad Khaizad Hashim, 47, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.
Mohamad Khaizad yang mempunyai dua isteri dan enam anak, dituduh menipu pemandu, Rusli Jain, yang diminta memasukkan wang RM3,000 ke akaunnya bagi menyelesaikan kes elaun tuntutan pemandu itu yang disiasat SPRM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Seremban, jam 10.37 pagi, 28 Mac 2007.
Nursinah berkata, walaupun kesalahan pertama tertuduh, kes itu serius dan hukuman setimpal perlu diberikan terhadapnya. - BH Online
No comments:
Post a Comment