My Add

Monday 9 July 2012

Lepaskan jawatan wakil rakyat, jaga suami

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Julai, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng sepatutnya menjawab ya atau tidak Ng Phaik Kheng, wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng pernah bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Selain itu, kata Bendahari Pemuda Parti KITA Kedah, H'ng Sau Ping, Betty juga perlu menjelaskan sama ada beliau ada atau tidak mendorong suaminya menukar tempat kerja Phaik Kheng ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang.

''Kita juga mahu Betty buat penjelasan sama ada Phaik Kheng ditukar keluar dari pejabat Ketua Menteri selepas insiden plaster pada dahi Guan Eng baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Betty yang mendakwa tuduhan hubungan sulit antara suaminya dengan Phaik Kheng seperti dilaporkan dalam blog hanya konspirasi Barisan Nasional (BN). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment