Oleh SUWARNI MOKHTAR
SHAH ALAM, ISNIN, 23 Julai, 2012: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan sapina yang dikeluarkan terhadap tiga Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.
Sapina tersebut sebelum ini dimohon oleh barisan pembelaan bagi memanggil ketiga-tiga pendakwa raya itu sebagai saksi agar memberi keterangan dalam usaha memadamkan salah satu bahan bukti iaitu rekod prosiding dua bekas pekerja Ladang Gadong atas alasan ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kesemua tertuduh kes bunuh itu.
Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir itu, sekali gus membolehkan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani terus mengendalikan pendakwaan kes itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment