My Add

Tuesday, 24 July 2012

'Kehendak, bukan keperluan'

Oleh MOHD. AZRIN MUHAMMAD
KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Orang ramai dinasihatkan peka dengan kenaikan harga bufet Ramadan sebelum memilih hotel atau restoran mewah sebagai lokasi berbuka puasa.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, peningkatan harga bufet Ramadan merupakan perkara biasa setiap tahun terutamanya di hotel dan restoran mewah.

Justeru itu, katanya, orang ramai yang ingin berbuka puasa di tempat-tempat sebegini seharusnya bersedia untuk membayar dengan nilai makanan, kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan.

"Biasanya harga bufet ini meningkat bergantung kepada jumlah jenis makanan dan kualiti juadah yang disediakan. Mungkin pada tahun ini ada pertambahan makanan yang dianggap 'mewah' dan ini menyebabkan kos penyediaannya meningkat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment