My Add

Sunday 1 July 2012

Malaysia gagal jadi negara maju jika pembangkang berkuasa

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Julai, 201: Hasrat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 tidak akan kesampaian jika rakyat memilih pembangkang menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ini kerana untuk mencapai cita-cita tersebut dalam tempoh yang cuma berbaki lapan tahun lagi, negara memerlukan kestabilan politik dan kesinambungan dasar sedia ada.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment