My Add

Thursday 5 July 2012

Malaysia jadi platform Jepun

Oleh MOWARDI MAHMUD
KUALA LUMPUR, RABU, 04 Julai, 2012: 4 Julai - Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) mahu bekerjasama dengan Malaysia untuk membolehkan syarikat-syarikat berasaskan makanan Jepun menerokai pasaran halal dunia yang berpotensi besar.

Pengarah Urusannya, Joji Ikeshita berkata, pihaknya berminat menjadikan Malaysia sebagai platform untuk memasuki pasaran makanan Asia Barat dan juga negara-negara Islam.

Malah, beliau tidak menolak untuk mengimport sistem pengiktirafan halal yang , igunakan Malaysia, untuk digunakan di negara mata hari terbit itu pada masa depan.

''Malah, terdapat idea yang diutarakan untuk mewujudkan taman halal di Nigata, Jepun,'' kata beliau, sambil menambah penerimaan pengiktirafan halal Malaysia di kawasan majoriti rakyat  Islam di China, menarik minat Jepun untuk mengadakan kerjasama." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment