My Add

Thursday 5 July 2012

Jumlah perdagangan Malaysia RM538.6b

*EKSPORT kekal positif disokong oleh pertumbuhan kukuh dirantau Asia khususnya negara-negara ASEAN, China, Jepun dan India.

KUALA LUMPUR, RABU, 04 Julai, 2012: Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berkembang 6.2 peratus kepada RM538.58 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), prestasi positif itu disokong oleh pertumbuhan kukuh di rantau Asia khususnya negara-negara ASEAN, China, Jepun dan India.

Katanya, eksport Januari- Mei 2012 meningkat 3.9 peratus kepada RM290.24 bilion manakala import meningkat 8.9 peratus kepada RM248.35 bilion.

Di antara lima rakan dagang utama, jumlah perdagangan menunjukkan peningkatan pada lima bulan pertama 2012 dengan ASEAN merekodkan pertumbuhan 10.5 peratus atau RM14 bilion, China melonjak 14.1 peratus (RM8.95 bilion) dan Jepun naik 6.2 peratus (RM3.6 bilion) selain India meningkat sebanyak 8.2 peratus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment