My Add

Wednesday 11 July 2012

MB Selangor perlu telus isu Faekah - NGO

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Julai, 2012: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersikap telus dalam isu surat sokongan melibatkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Desakan itu dikemukakan oleh Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Majlis Belia Selangor (MBS) ekoran pendirian Abdul Khalid terhadap isu itu masih tidak diketahui umum selain berat sebelah berbanding beberapa kes yang sama beberapa tahun lalu.

Menurut Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, Abdul Khalid patut tampil menyatakan pendirian berhubung perkara itu dengan jelas sekiranya mahu dakwaan dan persepsi terhadap beliau dihentikan.

Sikap berdiam diri tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, hanya memperlihatkan ketelusan kerajaan negeri yang boleh disifatkan sangat teruk dan tidak adil, katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment