My Add

Wednesday 11 July 2012

Rakyat nilai sendiri sikap tamak DAP

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Julai, 2012: Sikap tamak dan taksub pembangkang akan dinilai sendiri oleh rakyat Malaysia terutama apabila DAP dikatakan mahu bertanding sehingga 90 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasrat DAP yang mahu menampakkan ia sebagai parti dominan dalam pembangkang pasti sukar diterima sekutunya iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya mahu tengok bagaimana mereka (DAP) boleh dapat persetujuan Pas dan PKR dalam soal ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pembahagian kuota kerusi pembangkang yang menetapkan Pas dan PKR masing-masing bertanding hanya di 66 kerusi sedangkan DAP dikatakan mahu bertanding sehingga 90 kerusi pada PRU-13.

Hasrat DAP itu dilihat bakal menjadikan parti tersebut sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment