My Add

Sunday 1 July 2012

Mufti Pahang: Jangan sertai perhimpunan langgar syarak

ASWANY OMAR
KUANTAN, SABTU, 30 Jun, 2012: Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan masyarakat Islam di negeri ini supaya tidak menyertai perhimpunan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Beliau meminta golongan itu memahami keadaan sebenar yang berlaku dan tidak mudah terpengaruh dengan ajakan kumpulan tertentu.

“Perhimpunan yang menyebabkan gangguan kepada awam boleh menyebabkan perpecahan kepada kita sedangkan ramai yang mahu keadaan aman dan damai,” katanya ketika ditemui selepas Program Halaqah Ilmu anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, mereka boleh berhimpun tetapi memastikan masih di bawah hukum syarak dan dibolehkan dalam Islam.

Abdul Rahman sebelum ini pernah mengingatkan umum bahawa perhimpunan dilarang dalam Islam jika boleh memecahbelahkan umat.

Sinar Harian kelmarin melaporkan mengenai hasrat Perhimpunan Hijau yang mahu mengadakan perhimpunan di depan Pelabuhan Kuantan di Gebeng bagi menghalang kemasukan bahan mentah ke kilang Lynas.

Kumpulan anti Lynas yang sudah menubuhkan 10 ahli jawatankuasa itu juga akan menentukan tarikh dan masa perhimpunan. 

No comments:

Post a Comment