My Add

Monday, 2 July 2012

Mukhriz: Langkah Marina mungkin beri kesan

SUNGAI PETANI, AHAD, 01 Julai, 2012: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan penglibatan kakaknya, Datin Paduka Marina dalam Bersih 2.0 memberi kesan terhadap kepentingan politik beliau.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengakui teguran bapanya ada kebenaran kerana hubungan persahabatan Marina dengan Datuk Ambiga menimbulkan kebimbangan dan tidak puas hati penyokong kerajaan.

“Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan Bersih sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik,” katanya, semalam.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dipetik berkata, beliau berharap Marina tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil. - Sinar Harian


No comments:

Post a Comment