My Add

Tuesday 3 July 2012

IHH rentasi kerjasama lebih besar sesama bursa ASEAN


*NAJIB memegang buku yang mengandungi tawaran permulaan awam prospektus 'Integrated Healthcare Holdings Sdn Bhd' (IHH) selepas pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar (kanan). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Penyenaraian IHH Healthcare Bhd (IHH), akan mengukuhkan lagi pembangunan dan kematangan sektor penjagaan kesihatan swasta Malaysia dan muncul sebagai penggiat utama di peringkat antarabangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, cadangan dua penyenaraian IHH di pasaran utama Bursa Malaysia dan papan utama Bursa Saham Singapura itu membuktikan langkah penting dalam mengeratkan kerjasama sesama bursa ASEAN.

"Saya boleh kata bahawa usaha ini juga menunjukkan kecerdasan dan kukuhnya pasaran modal kita, sekali lagi disokong oleh hakikat bahawa Malaysia ialah titik cerah di sebalik episod hitam kewangan global," kata Perdana Menteri semasa melancarkan prospektus tawaran awam permulaan IHH di sini hari ini.

Najib berkata, penyenaraian IHH merupakan contoh mengenai komitmen strategi rasionalisasi Khazanah yang jelas dan teratur, yang menyatukan perniagaan terbaik dalam kelasnya menerusi penggabungan, pengambilalihan dan usaha sama.

Penyenaraian itu juga menunjukkan mengenai kemajuan program transfomasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyaksikan kejayaan syarikat seperti Axiata, Malayan Banking dan CIMB memperluas operasi masing-masing di Asean dan melepasinya menerusi pelan peluasan serantau bersepadu.

"Menerusi penyenaraian itu, IHH akan memperkukuh peranannya sebagai kuasa utama dalam sektor penjagaan kesihatan global," katanya.

Menawarkan sehingga 2.23 bilion saham menerusi tawaran global itu, IHH merancang mengumpul lebih RM6 bilion dalam IPO berkenaan di Malaysia dan Singapura. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment