My Add

Tuesday 3 July 2012

Pasukan khas buru perompak ATM RM1.17 juta

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Polis hari ini menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes kecurian wang tunai berjumlah RM1.17 juta dari empat mesin juruwang automatik (ATM) di aras 1 pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di sini, Ahad lepas.

Pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah kini sedang mengumpul maklumat dan masih melakukan siasatan terperinci bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dan akan merakamkan keterangan beberapa orang saksi.

"Kita akan ambil keterangan mereka yang terlibat, dari pengawal keselamatan, pihak bank dan pekerja yang bertanggungjawab memasukkan wang ke dalam mesin ATM, saya percaya kita akan dapat menangkap suspek dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas melancarkan majalah Tinta Kor Suksis Universiti Malaya, di sini hari ini.

Berhubung penahanan seorang warga Mesir, 31, berkaitan kes itu semalam, beliau berkata pihak polis telah membebaskan lelaki itu hari ini kerana tiada bukti kukuh untuk mensabitkan penglibatan warga Mesir itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment