My Add

Tuesday 3 July 2012

KPT tidak audit laporan kewangan semua universiti

KUALA SELANGOR, SELASA,30 Julai, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak melakukan proses audit laporan kewangan semua universiti di negara ini kerana ia di luar bidang kuasa kementerian itu, kata menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, KPT hanya melakukan audit terhadap perkara berkaitan akademik seperti tawaran program dan kelayakan tenaga pengajar mengikut Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Setara) yang dilakukan dua tahun sekali sejak 2007.

"Bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), biasanya ia diaudit syarikat yang menubuhkan universiti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Optometri bergerak Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus Puncak Alam di sini, hari ini.

Mohamed Khaled diminta mengulas mengenai laporan kewangan universiti milik kerajaan Selangor, Universiti Selangor (Unisel) yang didakwa tidak diaudit serta menanggung kerugian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPT juga tidak mempunyai kuasa menghalang ahli politik daripada menyandang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah sesebuah universiti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment