My Add

Wednesday 25 July 2012

Pemandu bas tersepit 2 jam

JASIN, SELASA, 24 Julai, 2012: Seorang pemandu bas ekspres tersepit lebih dua jam manakala lima penumpangnya cedera ringan apabila kenderaan itu merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 188.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Hentian Kampung Bemban arah selatan di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, Hamdan Mohd. Arif, 52, terpaksa menahan sakit setelah kaki kirinya tersepit di tempat duduk pemandu akibat dihempap stereng dan papan pemuka.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, sewaktu kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke Kuala Lumpur membawa 17 penumpang manakala treler tersebut dari arah sama membawa muatan kelapa sawit.

"Setibanya di tempat kejadian, bas ekspres itu dikatakan secara tiba-tiba merempuh belakang treler menyebabkan lima penumpang bas cedera manakala pemandu tersepit di tempat duduk - UTUSAN

No comments:

Post a Comment