My Add

Wednesday 25 July 2012

BN persoal niat sebenar Kerajaan Selangor

SHAH ALAM, SELASA, 24 Julai, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoal niat sebenar kerajaan negeri yang dilihat sering menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebagai 'sasaran' bagi melepaskan tanggungjawab berhubung krisis bekalan air terawat di negeri ini.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sikap kerajaan negeri terhadap Syabas itu hanya untuk kepentingan politik bertujuan menyalahkan syarikat tersebut serta kerajaan Persekutuan kononnya sebagai punca kepada krisis air.

Katanya, kerajaan negeri perlu sedar mereka sebenarnya mempunyai 30 peratus saham dalam Syabas yang mana pegangan ekuiti itu sudah cukup signifikan bagi mempengaruhi dasar syarikat tersebut dalam memastikan perkhidmatan perbekalan air terawat di negeri ini. - URUSAN

No comments:

Post a Comment