My Add

Tuesday 24 July 2012

Pemandu, lima penumpang bas cedera dalam nahas treler

JASIN, SELASA, 4 Julai, 2012: Seorang pemandu dan lima penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan itu merempuh belakang sebuah treler 37 tan di KM188.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Kampung Bemban di sini, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pemandu bas berkenaan Hamdan Arif, 52, cedera parah di kaki kiri selepas tersepit antara stereng bas dan belakang treler selama lebih dua jam akibat rempuhan itu. 

"Walaupun tersepit, mangsa dalam keadaan sedar serta masih boleh bercakap dan dia yang kini dirawat di Hospital Melaka berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Beliau berkata, tiga penumpang iaitu dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 22 dan 25 tahun hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan manakala dua lagi penumpang meneruskan perjalanan ke ibu negara dengan menaiki bas lain daripada syarikat sama. 

Dalam kejadian pada 4.45 petang itu, bas dan treler dengan muatan sawit kedua-duanya dalam perjalanan dari Kluang, Johor dengan treler terbabit sedang menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment