My Add

Tuesday 24 July 2012

Chong Wei di laluan selesa


SEPANG, SELASA, 24 Julai, 2012: Acara badminton Sukan Olimpik 2012 akan membuka tirainya di Arena Wembley, Jumaat ini dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat laluan selesa apabila diundi bersama pemain nombor 45 dunia, Ville Lang dari Finland dalam kumpulan  A.

Bagaimanapun bukan mudah buat beregu lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong serta beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying apabila masing-masing perlu menempuh laluan sukar pada peringkat ”round-robin” kejohanan.

Kien Keat dan Boon Heong dijadualkan bertemu dengan beregu nombor satu dunia Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan selain bertemu beregu Indonesia Howard Bach/Tony Gunawan dan Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun dalam kumpulan D.

Beregu campuran, Peng Soon dan Liu Ying pula dijadualkan bertemu dengan beregu nombor dua dunia Xu Chen/Ma Jin dari China, Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand dan Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing dari Taiwan dalam kumpulan D.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata misi meraih satu pingat emas bagi acara badminton cerah apabila Chong Wei berada pada laluan selesa pada peringkat round robin. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment