My Add

Thursday 5 July 2012

Pembangkang sengaja rancang buat kecoh - Ali

MELAKA, RABU, 04 Julai, 2012: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang menimbulkan kekecohan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka didakwa sengaja merancang tindakan itu bagi ‘menyelamatkan diri’ daripada diaju soalan-soalan panas wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kesemua ADUN pembangkang terbabit sedar tentang perkara itu dan bimbang kelemahan mereka didedahkan, mereka menimbulkan kekecohan semalam dan hari ini.

“Semalam mereka mempunyai satu usul berkaitan projek di Pulau Melaka yang dahulunya dibina oleh Talam Corporation Bhd. (Talam) dan mereka tahu sebelum kita menolak usul itu, penyelewengan yang berkaitan dengan pembangkang akan didedahkan, jadi mereka pun bertindak keluar dewan.

“Mereka sudah terlepas semalam dan hari ini sekali lagi mereka mengelak dengan menimbulkan kekecohan pula. Kita sebenarnya mahu tanya macam mana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor boleh menyelewengkan RM1 bilion yang dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam yang dibebani hutang,’’ katanya ketika ditemui pada hari terakhir sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment