My Add

Saturday 14 July 2012

Pembangkang suka main isu jenayah: Hishammuddin

KLUANG, SABTU, 14 Julai, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pembangkang sentiasa memainkan isu kadar jenayah di negara ini bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan. 

Beliau berkata, pembangkang mengambil kesempatan dengan isu yang mendapat perhatian serta menjadi kebimbangan orang ramai terutamanya kadar jenayah bagi meraih faedah politik. 

"Kita akan yakinkan orang ramai bahawa tuduhan mereka (pembangkang) itu meleset dan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di FELDA Ulu Belitong, di sini hari ini. 

Hishammuddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah mencari alasan tetapi sebaliknya membuktikan komitmen berterusan menerusi inisiatif yang diguna pakai bagi mengurangkan kadar jenayah di negara. 

Katanya, usaha kerajaan menangani jenayah di negara ini turut mendapat pujian pihak luar seperti Panel Bebas Antarabangsa yang dianggotai pakar dari Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat. 

Beliau berkata, panel bebas antarabangsa itu memuji dan kagum dengan pendekataan yang dilaksanakan kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment