My Add

Saturday 14 July 2012

MB Johor dimasukkan ke hospital untuk rawatan sinus

JOHOR BAHRU, SABTU, 14 Julai, 2012: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dimasukkan ke Hospital Pakar Johor semalam bagi menjalani rawatan penyakit sinus yang dihadapinya. 

Setiausaha akhbar beliau, Mohd Sa’odi Mat Atar berkata, Abdul Ghani dimasukkan ke hospital pada jam 10 malam atas nasihat doktor bagi mendapat rawatan dan berehat. 

"Beliau berulang-alik ke hospital terbabit sejak dua tiga hari lepas sebelum dinasihatkan doktor untuk masuk ward bagi mendapatkan rawatan dan berehat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Mohd Sa'odi berkata, keadaan Abdul Ghani tidak membimbangkan dan beliau dijangka dibenarkan keluar hospital dalam sehari dua ini. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan Majlis Penutupan Dialog Pendidikan Nasional di sini hari ini, turut melawat Abdul Ghani petang ini sebelum merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Sembrong di FELDA Ulu Belitong, Kluang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment