My Add

Sunday 29 July 2012

Penganjur konvoi royalti dibidas, tunggu keputusan mahkamah

BACHOK, SABTU, 28 Julai, 2012: Penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap PETRONAS, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

"Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bachok hari ini. 

Beliau mengulas tindakan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang selama dua hari bermula semalam. 

Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan, berkata pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik. 

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM24 juta setahun bagi tujuan berkenaan, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment