My Add

Saturday 28 July 2012

Penggabungan, pengambilalihan mantap industri besi, keluli

*DARIPA 50 juta tan metrik besi dan keluli yang digunakan di ASEAN, hanya 26 juta tan dihasilkan di rantau ini. - REUTERS

SHAH ALAM, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Pemain industri besi dan keluli dicadang melaksanakan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) untuk terus kekal berdaya saing pada masa depan.

Industri berkenaan mula berdepan dengan cabaran daripada pemain luar sejak liberalisasi ekonomi dan pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Pelaksanaan M&A dilihat dapat mewujudkan syarikat gergasi tempatan yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa, seperti yang dilakukan bank-bank tempatan selepas krisis ekonomi 1997.

Presiden Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF), Datuk Soh Thian Lai berkata, ketika ini industri besi dan keluli tempatan mempunyai 10 syarikat huluan, 50 syarikat pertengahan (gabungan huluan dan hiliran) dan beratus syarikat hiliran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment