My Add

Saturday 28 July 2012

Cukai lapangan terbang kekal

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
SEPANG, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) tidak berhasrat untuk menaikkan kadar cukai lapangan terbang di KLIA2 yang dijangka siap pada April tahun hadapan.

Ketua Pegawai Kewangannya, Faizal Mansor bagaimanapun berkata, cukai lapangan terbang adalah tertakluk kepada budi bicara kerajaan untuk menentukannya.

Katanya, untuk masa sekarang tiada sebarang perbincangan antara MAHB dan kerajaan untuk menaikkan cukai lapangan terbang itu.

"Apabila KLIA2 siap pada April 2013 kadar cukai lapangan terbang adalah sama tetapi ia masih tertakluk kepada kerajaan.

"MAHB hanya pengendali dan sebarang isu berkaitan cukai adalah diputuskan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan bagi suku kedua tahun ini di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment