My Add

Saturday 14 July 2012

Perjuangan Kerajaan Persekutuan berteraskan Islam: Najib

KLANG, SABTU, 14 Julai, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, perjuangan Kerajaan Persekutuan masa kini adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep Maqasid Al-Shariah. 

Beliau berkata, antara dasar Maqasid Al-Shariah yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasakan Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk Muslim dan juga bukan Muslim. Sebagai menghormati hak asasi rakyat Malaysia, katanya, kerajaan sudah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

"Jauh sekali kita meminggirkan Islam ataupun ketepikan Islam tetapi perjuangan kita ialah perjuangan yang dituntut oleh Islam," katanya semasa berucap pada Majlis Jasamu Dikenang Allahyarham Ustaz Nik Mohamed Mohyideen Wan Musa di Kolej Islam Sultan Alam Shah di sini, hari ini. 

Nik Mohamed Mohyideen adalah pengetua pertama Kolej Islam Malaya/Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah selain pengasas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment