My Add

Sunday 15 July 2012

Uncle Seekers dibebaskan

JOHOR BAHRU, SABTU 14 Julai, 2012: Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ,Sultan Iskandar menerusi laman blog www.uncleseekers.blogspot.com dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pukul 11 pagi bersama peguamnya, V.Thiru Kumar dan dibebaskan pukul 12.25 tengah hari.

"Dia dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Bagaimanapun, kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Uncle Seekers bersama teman wanitanya yang berusia 26 tahun ditahan di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan pada 4 Julai lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment