My Add

Saturday, 14 July 2012

Pertahan habis-habisan Parlimen Gelang Patah: Muhyiddin

JOHOR BAHRU, SABTU, 14 Julai, 2012 : Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Barisan Nasional (BN) Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) yang menurutnya akan berlangsung "tidak lama lagi." 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN berkata, kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya. "Saya meminta setiap anggota Umno Bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. 

Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya hari ini. 

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, yang turut dihadiri ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Sapian. 

Parlimen Gelang Patah yang kini disandang oleh wakil rakyat BN, Tan Ah Heng daripada MCA, turut terdiri daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya dan DUN Skudai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment