My Add

Saturday 14 July 2012

Najib yakin Malaysia dilindungi daripada krisis Zon Euro

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Julai, 2012: Perdana Menteri hari ini menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia akan dilindungi daripada kesan akibat krisis hutang yang melanda negara Kesatuan Eropah. 

Datuk Seri Najib Razak berkata, ini berikutan asas ekonomi Malaysia yang mampan dapat menyokong pertumbuhannya. "Asas ekonomi Malaysia mampan sokong pertumbuhannya. Negara kita akan dilindungi daripada impak krisis zon euro," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam laman Twitter beliau hari ini.

Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyatakan bahawa Malaysia memiliki institusi perbankan yang kukuh untuk berdepan kesan krisis hutang Eropah susulan pendedahan terhadap bank di rantau itu dianggarkan kurang daripada lima peratus berbanding nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

Kenyataannya itu sekali gus menafikan laporan Nomura International Ltd pada Rabu lepas bahawa Malaysia antara negara Asia paling terdedah kepada tuntutan bank Eropah, sekali gus mengancam sistem kewangan negara jika ekonomi zon euro runtuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment