My Add

Wednesday 4 July 2012

Pertikai tuduhan taktik biasa Anwar

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas apabila menyifatkan pertuduhan terbaru terhadap beliau berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) di Mahkamah Sesyen semalam sebagai penindasan politik yang tidak berkesudahan.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, mengikut pemerhatian, apabila sesuatu isu tidak menyebelahi Anwar, beliau akan menyifatkannya sebagai penindasan politik, konspirasi, tidak bebas dan lain-lain. - UTUSAN

“Namun apabila isu itu menyebelahinya, dia akan menyokong dan memuji. Anwar akan melihat sesuatu isu mengikut kepentingan diri sendiri.

“Justeru, masyarakat perlu sedar dan tidak terpedaya dengan pendekatan Anwar itu. Sepatutnya, dalam sistem perundangan, ia tidak perlu dipolitikkan kerana akhirnya nanti jika tidak dikawal, boleh menyebabkan rakyat tidak mempercayai mahkamah yang mengundang bahaya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment