My Add

Wednesday 4 July 2012

Pertuduhan baru terhadap tiga pemimpin PKR wajar

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Pertuduhan terbaru yang dikenakan terhadap tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana bersubahat melanggar perintah Mahkamah Majistret 26 April lalu, dilihat sebagai wajar dan perlu dilakukan.

Langkah itu dilihat penting bagi memastikan mereka yang melanggar peraturan diambil tindakan dan dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunos (gambar) berkata, sebagai pemimpin parti politik, mereka harus menghormati undang-undang negara yang digubal bagi menjamin ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat umum.

“Seharusnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengakui kesalahan yang telah dilakukan bagi menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat yang menyanjungi mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment