My Add

Monday 2 July 2012

Program 1M4U untuk golongan muda cebur aktiviti sukarela

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Julai, 2012: Kerajaan bakal melancarkan program 1Malaysia Youth For You(1M4U) bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata melalui program itu, golongan muda bakal mendapat sokongan sewajarnya untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa manfaat kepada masyarakat di negara ini termasuk melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita akan beri sokongan, juga sedikit bantuan kewangan supaya mereka boleh terlibat. Misalnya nak jaga alam sekitar. Mereka boleh buat aktiviti berkenaan dan aktiviti itu akan disokong kerajaan.

"Dengan ini kita dapat semarakkan lagi penglibatan generasi muda dan boleh memberi kesan yang baik dalam masyarakat. Di samping itu, dapat menggalakkan percambahan kegiatan melalui NGO," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Suara Kami 2012yang disiarkan Astro Awani malam ini.

Najib berkata demikian ketika memberi respon kepada pertanyaan seorang penonton tentang usaha kerajaan menggalakkan generasi muda menyertai NGO dan tidak bertumpu untuk menyertai sektor awam dan swasta semata-mata.

Program Suara Kami 2012 merupakan usaha Astro turun ke akar umbi di seluruh negara sejak awal tahun ini untuk rakyat menyuarakan kualiti hidup semasa mereka dan cadangan untuk memajukannya.

Seramai 120 orang responden terpilih dibawa hadir ke set rakaman Suara Kami 2012 di Pusat Penyiaran Seluruh Asia Astro Bukit Jalil Jumaat lepas, tanpa mengetahui mereka bakal bersua dengan Perdana Menteri yang akan menjawab sendiri sebarang permasalahan serta cadangan yang dikemukakan.

Menjawab soalan lain tentang cara terbaik mendekati golongan muda, Perdana Menteri secara berseloroh menjawab: "Kita cuba lebih sempoi (simpler) tapi adalah hadnya." - BERNAMA

No comments:

Post a Comment