My Add

Saturday 14 July 2012

PTG Kelantan pantau penceroboh tanah

GUA MUSANG, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Datuk Wan Mustapha Wan Ab. Hamid (gambar) tidak menolak kemungkinan wujud amalan rasuah dan campur tangan gangsterisme yang mendalangi aktiviti perlombongan emas secara haram di negeri ini.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengaktifkan semula Jawatankuasa Pemantauan Pencerobohan Tanah dalam usaha memerangi masalah perlombongan dan pembalakan haram.

Beliau berkata, tindakan yang lebih bersepadu melibatkan pelbagai agensi yang berkenaan termasuk bantuan polis dan tentera perlu untuk meningkatkan kelemahan penguatkuasaan sebelum ini.

"Kita rasa perkara ini (rasuah) tak berlaku kalau penguatkuasaan ketat sebab nak bawa masuk jentera berat ke kawasan itu bukan kerja mudah, sepatutnya ada rekod.

"Selain penglibatan beberapa agensi berkenaan, kerjasama polis dan tentera juga penting sebab ada kes-kes sebelum ini yang melibatkan gangster," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment