My Add

Saturday 14 July 2012

Peringatan Ketua Polis Negara

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai yang menyertai Himpunan Oren anjuran Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di ibu negara esok, supaya mematuhi peraturan semasa mengadakan perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, mereka yang mahu menyertai perhimpunan tersebut perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 bagi mengelak tercetus kekecohan dan kejadian tidak diingini berlaku.

"Saya minta semua pihak terlibat dalam perhimpunan itu supaya patuhi Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Dulu (ada pihak) kata Seksyen 27 Akta Polis 1967 menindas, sekarang kerajaan sudah mansuh undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman 2011. Jadi kalau semua pihak ikut akta baru ini, maka tiada masalah timbul," katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat khas pemantauan aktiviti memerangi jenayah di Dewan Perdana, Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tengah, Cheras di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment