My Add

Tuesday 24 July 2012

Puteri Raja Thailand tiba untuk lawatan sehari

SEPANG, SELASA, 24 Julai, 2012: Puteri Raja Thailand, Maha Chakri Sirindhorn tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk lawatan sehari ke negara ini.

Ketibaan Puteri Sirindhorn di Kompleks Bunga Raya bersama delegasi termasuk beberapa pensyarah daripada Universiti Chulalongkorn, Thailand pagi ini disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot.

Antara aturcara Puteri Raja Thailand itu adalah menerima kunjungan hormat anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tunku Puteri Intan Shafinaz di ibu negara, hari ini.

Selain itu, Puteri Raja Thailand itu dijadual melawat Institut Kemahiran Islam Malaysia, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan menghadiri jamuan makan tengah hari di ibu negara yang dihoskan Kedutaan Thailand.

Puteri Sirindhorn juga dijadual melawat Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Beliau dijadual pulang pada 7.35 malam ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment