*PERCIKAN bunga api menerangi Tasik Putrajaya pada acara Magic of the Night
SELASA, 03, Julai, 2012:
Putrajaya terus mengekalkan rekod cemerlang mencipta panorama indah untuk disajikan kepada pengunjung Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sepanjang 30 Jun hingga 8 Julai ini dengan penganjuran Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia yang bertemakan Magic of the Night.
Sekiranya di sebelah siang pengunjung berpeluang menyaksikan deretan taman-taman bunga berwarna- warni, di sebelah malamnya pula perarakan bot berhias menyusuri Persisiran Tasik Putrajaya yang berhampiran dengan tapak Floria.
Pengunjung pasti akan terpesona dengan simbahan cahaya penuh warna-warni 15 bot berhias yang menyertai acara Magic of the Night pada setiap malam sepanjang Floria 2012 berlangsung. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment