My Add

Wednesday 4 July 2012

Floria Putrajaya semai rasa cinta pada tumbuhan

*DR. Ng Yen Yen tertarik melihat bunga kertas pelbagai warna ketika melawat Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2012, semalam.

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
PUTRAJAYA, SELASA, 03 Julai, 2012: Penganjuran Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012) yang bermula 30 Jun lalu adalah pentas terbaik buat penggubah dan peminat hiasan taman mengaplikasikan pelbagai konsep hiasan yang dipamerkan di kediaman mereka.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, tujuan penganjuran festival itu bukan sahaja untuk mempromosikan pelbagai bunga dan gubahan tempatan ke peringkat antarabangsa, malah ia dapat membangkitkan perasaan cinta kepada tumbuhan-tumbuhan.

Menurutnya, festival kali ini turut disertai oleh 16 peserta antarabangsa dari 14 negara antaranya Australia, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Rusia, Filipina, United Kingdom (UK), China dan Belanda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment