My Add

Monday 23 July 2012

Rakyat dii Syria dipindah dengan pesawat komersial

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Prosedur Standard Operasi (SOP) seperti yang dilaksanakan sewaktu Operasi Piramid (Ops Piramid) akan diguna pakai bagi memindah dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Syria.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, ada beberapa perubahan yang dilakukan terutama dalam penggunaan pesawat untuk memindah serta membawa keluar rakyat Malaysia dari negara bergolak itu.

Katanya, operasi kali ini akan menggunakan pesawat komersial berbanding pesawat Charlie milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana lebih efektif dan kos rendah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment