My Add

Wednesday 11 July 2012

Rakyat jangan takut tegur pemimpin

*DR. Mahathir Mohamad bersama orang ramai setibanya pada Majlis Makan Malam Bersama NGO Pulau Pinang di Pearl Island Country Club, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam

PULAU PINANG, SELASA, 10 Julai, 2012: Rakyat perlu berani menegur mana-mana pemimpin yang didapati melakukan perkara tidak betul sehingga boleh memudaratkan pentadbiran negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu wajar supaya pemimpin terbabit sedar bahawa apa yang dilakukannya adalah salah.

Menurutnya, ada di kalangan pemimpin terlalu leka dibuai puji-pujian sehingga pemikiran mereka menjadi rosak.

"Kita kena tegur pemimpin kalau dia buat perkara tidak betul, marah dia.

"Tapi saya tengok kalau pemimpin itu buat tidak betul, dalam ucapannya semua bangun tepuk tangan.

"Jadi pemimpin pun naik seronok, kembang (bangga). Bila orang puji sangat, pemikiran dia pun rosak sikit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Wakil-wakil pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), di sini malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Mahathir menambah, tindakan menegur pemimpin merupakan tanggungjawab rakyat supaya kerajaan yang didirikan menjadi kuat dan mampu membawa negara ke arah kemajuan serta kesejahteraan.

"Apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kuat dan kukuh dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kita pula mesti menjalankan tugas kita.

"Tugas kita adalah beritahu pemimpin apabila dia membuat sesuatu yang salah," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment