My Add

Friday 6 July 2012

Rakyat perlu diberi pendidikan mengenai keganasan: KDN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Masyarakat Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan bagi mengekang fahaman ekstremis yang dikaitkan dengan Islam supaya tidak tercetusnya insiden keganasan di negara ini.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain, berkata selain itu tafsiran yang salah mengenai Islam juga menyebabkan segelintir masyarakat negara ini terpengaruh dengan fahaman kumpulan ekstremis.

"Mereka (ketua), misalnya memberi tafsiran yang tidak tepat mengenai konsep jihad. Konsep jihad ini luas dan bukan hanya kepada peperangan tetapi ketua kumpulan terbabit mengeksploitasi ajaran agama demi kepentingan sendiri sehingga sanggup bertindak ganas dengan niat menggulingkan kerajaan," katanya. 

Terdahulu, beliau menjadi ahli panel program bicara BernamaTV ‘Hello Malaysia’ bersama Timbalan Ketua Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam program bertajuk 'Agama dan Keganasan' yang disiarkan secara langsung malam tadi, Zamihan berkata Malaysia perlu merangka modul pemulihan bagi anggota kumpulan militan yang ditahan supaya tidak kembali melakukan keganasan.

"Program pemulihan ini boleh dilakukan dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam dan polis," katanya.

Sementara itu, Ayob Khan berkata berdasarkan pemerhatian polis terhadap keslampau berkaitan kumpulan militan, kebanyakannya didalangi pengaruh luar dan dikaitkan dengan Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment