*MOHD. Saad Hashim menunjukkan kad pengenalan Mahmood yang menghilangkan diri sejak awal bulan lalu sambil diperhatikan oleh Intan Baharom di Alor Setar, Kedah, semalam.
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
ALOR SETAR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Seorang warga emas dari Kampung Tanjung Inggeris, Langgar di sini merayu bantuan orang ramai mengesan anak bongsunya yang menghilangkan diri sejak dua minggu lalu.
Wanita tersebut, Intan Baharom, 82, yang sakit tua bimbang dengan keselamatan dan kesihatan Mahmood Hashim, 50, berikutan keadaannya yang terencat akal sejak kecil.
Menurut Intan, dia amat merindukan anak lelakinya itu yang menghilangkan diri sejak keluar dari rumah kira-kira pukul 6 pagi, 6 Julai lalu.
"Setiap masa saya teringatkan dia, lebih-lebih lagi pada bulan puasa dan sambutan Aidilftri tidak lama lagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment