My Add

Tuesday 24 July 2012

Nikmat Pak Wan berpuasa bersama keluarga

*PAK Wan atau Sapuan Hanin (kanan) berbuka puasa bersama ahli keluarganya selepas 26 tahun berada di penjara di Kampung Parit Ismail, Benut, Pontian, kelmarin.

PONTIAN, ISNIN, 23 Julai, 2012: "Inilah nikmat berbuka berpuasa yang sekian lama tak saya ditemui setelah berpisah daripada keluarga sejak 26 tahun lalu."

Demikian luahan Pak Wan, 58, salah seorang banduan yang mendapat pengampunan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di rumah keluarganya di Kampung Parit Ismail, Benut di sini selepas berbuka puasa semalam.

Menurutnya, walaupun dapat menjalani ibadah berpuasa seperti umat Islam lain semasa di dalam penjara, namun kerinduan terhadap ahli keluarga pada waktu berbuka puasa dan bersahur tetap menjelma di dalam hati.

Lebih mengharukan Pak Wan apabila ahli keluarga dan saudara mara menerima kehadirannya dengan begitu baik dan mesra. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment