My Add

Monday 23 July 2012

RM1.265j diperuntuk untuk program Rakan Muda Ramadan

KEMAMAN, ISNIN, 23 Julai, 2012: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntuk RM1.265 juta kepada 600 masjid dan surau di seluruh negara bagi melaksanakan program Rakan Muda Ramadan tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya menyasar penyertaan seramai 24,200 remaja dalam program tersebut seperti solat tarawih dan witir secara berjemaah, bertadarus al-Quran serta aktiviti lain.

"Kesemua remaja ini diharap dapat meneruskan budaya berteraskan al-Quran di dalam apa juga aktiviti yang bakal dilakukan supaya menjadi benteng kepada mereka daripada terjebak ke kancah gejala sosial. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment