My Add

Monday 23 July 2012

Cadangan Selangor ambil alih SYSBAS ditolak

PUTRAJAYA, ISNIN, 23 Julai, 2012: Kerajaan Pusat hari ini menolak permohonan Kerajaan Selangor bagi mengambil alih pengurusan SYABAS dan mengarahkan Peguam Negara mengkaji undang-undang agar projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Air Negeri Selangor, di sini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mendakwa SYABAS tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi dan kerajaan negeri mahu mengambil alih pengurusan syarikat berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Khalid berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.

No comments:

Post a Comment