My Add

Tuesday 3 July 2012

RM40 juta bagi Skim Bantuan Tanaman Baru Sawit tahun ini

RAUB, SELASA, 03 Julai, 2012: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi Skim Bantuan Tanaman Baru sawit di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) tahun ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin berkata pekebun kecil yang menyertai skim tersebut akan diberikan bantuan kewangan termasuk baja bernilai RM7,000 bagi setiap satu hektar keluasan tanah.

Katanya, pekebun kecil yang memiliki tanah persendirian kurang daripada 10 hektar, pekebun kecil berkelompok dan syarikat digalakkan menyertai skim tersebut di mana mereka perlu berdaftar dengan MPOB terlebih dahulu.

"Tahun lepas sahaja kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi melaksanakan Skim Bantuan Tanaman Semula sawit di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang bayaran insentif tanaman semula kepada lebih 500 peneroka Felda Lembah Klau dan Felda Tersang di sini semalam.

Hamzah berkata, mereka yang menyertai tanaman sawit mempunyai masa depan yang cerah kerana minyak sawit mendapat pasaran baik di dalam dan luar negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment